Amalan rasuah dinegara Malaysia sering kali didendangkan di kaca televisyen dan juga dicoret di muka akhbar tentang muka-muka yang merasuah.
RASUAH
adalah duri segala duri dalam daging dalam masyarakat melayu yang tamak dan juga tidak bertamadun, tidak memandang kehadapan dan juga pentingkan diri sendiri.
saya bagi situasi mudah :
1 ) jika anda memandu laju di jalan raya dan melbihi had laju yang ditetapkan, dan tetiba ada kuda putih menahan anda menyuruh ketepi, dan adalah kuda putih mengeluarkan surat perakuan had laju... si pemandu dengan tenang menghulurkan wang hijau bernilai RM 50 kepada si kuda putih. dan si kuda putih itu segera ambil dan membiarkan anda berlalu. begitu rapuh sekali melihat institusi kuda putih di Malaysia ini. begitu senang diperolokan dengan kertas bewarna hijau. dan begitu lah kehidupan kuda putih menyara anak bini dirumah yang mana menjadi zat dalam badan sehingga lah membesar, akibat kesalahan si kuda putih tersebut, gejala anaknya pabila besar kemungkinan akan melakukan rasuah. dan akan berlanjutan sehingga Malaysia dijual oleh bangsa penjajah. Saya bole jamin sekiranya penduduk Malaysia menjalankan rasuah, tidak mustahil impian negara maju menjelang tahun 2020 akan menjadi kenyataan. tetapi menjadi negara maju dengan jajahan penjajah luar yang lebih licik.
BEGITU RAPUH
Itu cerita si kuda putih menerima rasuah, belum lagi si hidung belang memberi rasuah.
alkisah memang banyak si hidung belang merasuah. si hidung belang ini lebih sinonim diumpamakan dengan orang politikus. si hidung belang ini mempunyai status, kekayaan, harta dan juga kuasa. tetapi dengan cara yang salah iaitu merasuah. amalan rasuah ini begitu senagn dijalankan, jika kita lihat di dada akhbar si hidung belang ditangkap kerana merasuah, itu hanyalah watak kecil, belum si hidung belang yang sudah tua, yang sudah seniur dalam rasuah. mereka semua diibaratkan orang kebal dalam negara kerana mereka bercakap dan mempengaruhi dengan duit. begitu mudah sekali. adakah negara kita ini yang kita sanjung selama ini dan sayang dipimpin oleh si hidung belabg.. bagi saya, saya tidak akan bersetuju dengannya. rasuah adalah merugikan. kita ambil contoh si hidung belang mendapat peruntukan berbilion ringgit hasil titik peluh rakyat jelata untuk menjalankan projek mega. si hidung belang mengimpikan kehidupan yang lebih mewah, oleh itu mereka cuba merasuah sebanyak boleh agar mendapat kekayan berlipat ganda, siapa yang rugi?????? kami yang rugi, kami rakyat malaysia yang bekerja 24jam sehari mengembeling tenaga untuk kemajuan negara tetapi dengan sesenangnya si hidung belang mengambil duit itu bagi kepuasan sendiri
wahai rakyat malaysia... kita sebagai generasi baru, generasi muda lebih bertenaga, berjuanglah sebaiknya bagi memerangi gejala rasuah ini. matlamat kita adalah satu. negara maju 2020, maju yang hakiki, maju yang terbaik dan maju segala maju
rasuah bukan jalan yang terdekat dan paling kotor jika dilakukan
adakah kita mahu menjadi si kuda putih dan juga si hidung belang.. kita harus bersih dan juga haruslah bersih segala bersih
bermula dari hati.. di salur ke pemikiran dan digerakan oleh tubuh badan amin..........
Monday, January 26, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)
